Saturday, 6 October 2012

HIBURAN - ANUGERAH BLOKBUSTER !


ASALAMUALAIKUM !!!!
SELAMAT BERHUJUNG MINGGU !!!

SEMALAM KORANG TENGOK TAK KAT ASTRO RIA(104)

 ANUGERAH BLOKBUSTER 2012 YANG PERTAMA KALI 

DIADAKAN????  best giler tau.... rugi tak tengok!



Anugerah Blokbuster ini adalah anugerah yang julung-julung kali diadakan di Malaysia yang memberi 100% kepada peminat-peminat penggemar Filem untuk menobatkan pemenang bagi kategori pilihan mereka.

keputusan penuh Anugerah Blokbuster 2011 yang telah di adakan di Stadium Melawati, Shah Alam dan disiarkan secara langsung di Astro Ria (104) bg yang ada astro leh la tengok ye...


Anugerah Blokbuster 2012 juga memberi pengiktirafan dan peluang kepada peminat untuk memilih sendiri melalui undian sms ( vote byk menang ler) dan online filem, pelakon dan pengarah yang peminat-peminat rasakan mereka patut menang.

Undian kira 50% secara SMS dan 50% lagi secara online di laman web anugerah blokbuster. Jadi selepas ini jarang korang pertikaikan pemenang-pemenang anugerah blokbuster ini kerana ditentukan oleh peminat-peminat sendiri bukannya juri.

Terdapat 14 kategori yang dipertandingkan dan satu anugerah khas

Hadiah bagi setiap kategori, pemenang akan menerima sebuah trofi serta wang tunai RM5000(Banyak ini, leh beli iphone, haha) manakala untuk Anugerah Filem Terhebat dimana pemenangnya menerima trofi dan wang tunai RM10,000( leh g melancong).

Hos bagi Anugerah Blokbuster kali ini ialah Afdlin Shauki, Zizan Razak dan Lisa Surihani.
Antara top selebriti yang membuat persembahan malam tadi ialah Dato’ Siti Nurhaliza, Bunkface, Hazama, Awi Rafael, Amy Search, Ziana Zain, Erra Fazira, Zamani, Alyah serta ramai lagi.


MARI SAMA-SAMA KITA LIHAT PEMENANG-

PEMENANG 

ANUGERAH BLOKBUSTER 2012!!



TAHNIAH :) *.^

Anugerah Filem Terhebat – KL Gangster (Syamsul Yusof)
Anugerah Tuan Direktor – Syamsul yusof (KL Gangster)
Anugerah Filem Aksi Terhebat – KL Gangster (Syamsul Yusof)




                              Anugerah Direktor Baru Terhebat - M. Suuraya ( Sumpahan Puaka)



Anugerah Filem Kelakar – Hantu Bonceng (Ahmad Idham)



Anugerah Filem Takut Terhebat – Khurafat (Syamsul Yusof)



Anugerah Drama Muzikal Terhebat – Nur Kasih The Movie! (Khabir Bhatia)


Anugerah Heroin Terhebat – Yana Samsuddin (Bini-Biniku Gangster)



Anugerah Hero Terhebat – Zizan Razak (Hantu Bonceng)



Anugerah Watak Penyangak Terhebat – Fikir Bakar (Klip 3GP)


Anugerah Lagu Filem Terhebat – Ombak Rindu


Anugerah Hero Baru Terhebat – Shahir (Karak)


Anugerah Heroin Baru Terhebat – Tasha Shila (Ratu The Movie)



TAHNIAH-TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PEMENANG-PEMENANG ANUGERAH BLOKBUSTER 2012 NIE.. SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI DI TAHUN HADAPAN !!













Sincere Writing By Muhd Hazwan Alif ^^