Pertemuan umat Islam yang mengenakan pakaian ihram yang sama warna iaitu putih uturt menzahirkan kesatuan sebagai saudara seagama biarpun dibatasi oleh bahasa dan warna kulit yang berlainan. Segala hal keduniaan seperti pangkat, kedudukan dan jawatan tinggi serta harta tidak lagi 'berguna'.
Sebaliknya semua umat islam merendah diri dan mengikhlaskan hati masing-masing dengan niat yang satu iaitu mendapatkan pengampunan Allah Rabbul Jalil. Lebih daripada itu, perhimpunan setahun sekali ini adalah persis bagaimana manusia akan dibangkitkan semula dan dihimpunkan di Padang Mashyar untuk dihitung amalan semasa hayat kita.
''harapan kita adalah dihimpun bersama golongan yang bahagia dan mendapat rahmat ilahi''. ''Bagi orang soleh yang hatinya murni dan sentiasa mentaati Allah, mereka amat berharap serta yakin akan dihimpunkan bersama golongan yang tunduk kepada Allah yang Maha Esa. ''Berpakaian segaram ini dapat menginsafi semua golongan baik yang kaya, berpangkat atau tidak bahawa Islam tidak menilai seseorang itu berdasarkan darjat dan kedudukan.
Sebaliknya apa yang menjadi kayu ukur dalam Islam adalah keimanan kita kepada Allah SWT. Secara tidak langsung ini dapat mengikis rasa sombong dan takbur dalam diri setiap kita. Amin..
TEMPAT MUSTAJAB BERDOA DI MEKAH.
- Semasa Tawaf
- Multazam ( antara penjuru pintu kaabah dan Hajr Aswad)
- Di bawah pancaran emas.
- Di belakang Makam Ibrahim
- Di dalam baitullah (Hijr Ismail)
- Tanda kedudukan Telaga Zamzam
- Atas bukit safa
- Atas bukit Marwah
- Tempat saie
-Di Arafah
- Di Mina
- Di Muzdalifah
- Jamrah Ula.
-Jamrah Wusta
- Jamrah Aqabah