DAH BEBERAPA ARI XTULIS BLOG NIE...
MAAF BUSY SKIT DENGAN KULIAH, TUTORIAL DAN DENGAN BERNIAGA 3 ARI SEMINGGU SMPAI KUL 12.30 MALAM .. ABS BERNIAGA BALIK BILIK TERUS TDO.. HEHEE.. ESOK G KULIAH...
OKY LA... ISU SEMASA PADA ARINI IAITU ARI RABU..
Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sudah mula beroperasi!
( baik korang hati2 nanti kena saman kalau bawa kereta @ moto laju2). Sistem ini telah beroperasi malam hari sabtu iaitu 13.10.2012. Sistem ini kebanyakan diletakkan di 14 kawasan 'panas' untuk peringkat yang pertama.
Terdapat 14 kawasan yang terlibat telah dipasang termasuklah beberapa kawasan di Perak, Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur dengan 10 daripada kamera tersebut bertujuan menangkap had laju manakala selebihnya bertujuan untuk mengesan mereka yang melanggar lampu isyarat. Lepas ini korang kenalah berhati-hati lah ye.. jangan bawan laju dan melanggar lampu isyarat kerana sudah lewat pergi kerja atau nk cepat.. kena sama baru padan.. melayang RM100-300.. HEHEHE..

Kalau korang nak tau di mana lokasi kamera AES itu dipasang, korang boleh pergi ke laman web mereka iaitu www.jpj.gov.my . Semua kamera AES itu dipasang merupakan lokasi yang dikenalpasti sebagai lokasi maut yang menyebabkan jumlah kematian yang tinggi . ( janganlah korang guna jalan tu ye..) heheee.. juga jalan laen.. heheee
Sesiapa yang melanggar lampu isyarat dan membawa had laju.. Imej korang akan dihantar terus ke pusat kawalan AES secara automatik dan nombor plat kenderaan yang peraturan tersebut akan dikesan dan dihantar kepada pemilik kenderaan tersebut.
Sape-sape yang kena dalam tu bolehlah menghubungi ditalian 03-78464400 bagi yang melakukan kesalan di Perak. Manakala di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur mereka boleh menghubungi di talian 03-7628 8268.