Tuesday, 2 October 2012

BESTNYA ADA ROBOT GANTI G SKOLAH MCM BUDAK US NIE !!!!

Mesin Bantu Kanak-kanak alami masalah kesihatan ke sekolah


Pada 1 oktober 2012 dekat buffalo amereka syarikat seorang kanak-kanak Amerika Syarikat (AS) telah muncul pengguna pertama robot interaktif yang digelar 'Roboswot'( perghh dasyat tu ade robot sendiri, sye pun robot mainan murah je ade), apabila kehadirnnya ke kelas terpaksa diganti dengan mesin tersebut berikutan mengalami masalah kesihatan.

Mesin berkenaan perlu menggantikan Devon- Carrow-Sperduti (gambar) yang berumur 7 tahun ke sekolah kerana dia menderita penyakit alergi yang boleh membahayakan nyawa jika bercampur dengan kanak-kanak lain.

Bukan setakat itu, dia juga terpaksa menghabiskan kebanyakkan masanya bersendirian dengan hanya dibenarkan makan epal, bijiran dan kentang.

Menerusi Roboswot yang bernilai AS$3,000 (RM9,000), murid ersebut mampu menghadiri semua kelasnya, serta menjawab soalan cikgu serta berbual dengan rakan-rakan sekelasnya walaupun hanya dengan berada di rumah.

Malah, robot ciptaan syarikat Vgo Communications Inc di New Hampshire berkenaan turut dilengkapi skrin yang memaparkan muka kanak-kanak itu, menggunakan teknoogi kamera web yang dihubungkan dengan komputernya di rumah.

Carrow-Sperduti hanya perlu dudukdi rumahnya di Buffalo dan menggunakan Komputer untuk mengawal Roboswot yang membolehkan dia melihat cikgu, papan hitam dan keadaan sekeliling kelas.

Robot itu juga membolehkan Carrow-Sperduti 'berjalan' di sepanjang koridor sekolah dan menyertai rakan sekelasnya di taman permainan.

Ibu Carrow-Sperduti, berkata Roboswot boleh dianggap sebagai pengganti diri anaknya. "Anak saya melakukan semua perkara dan kerja sekolah seperti kanak-kanak lain, yang membezakan mereka adalah Carrow-Sperduti tidak berada di dalam kelas,"

Bestkan Kalau ade Robot ini tlg gantikan kita g Kuliah. Tp akan Bosan juga duk umah tak ade kwn.. hehehe...

PAPEPUN DOAKAN UNTUK ADK NIE SEMOGA KESIHATAN DIA BAIK DAN DAPAT PERGI SKOLAH BALIK DAN BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH..

KESIMPULANNYA KESUSAHAN SESEORANG ITU TIDAK MEMBATASKAN DIA UNTUK MENGEJAR CITA-CITA YANG DI IMPIKAN.


Sincere Writing By Muhd Hazwan Alif ^^

No comments:

Post a Comment