Monday, 12 November 2012

ASK12 Dihanyut Fantasi

LUpa plk nk update info pasal ANUGERAH SKRIN yang berlangsung ari jumaat lepas..



Malam Anugerah Skrin 2012 (ASK 2012) yang melabuhkan tirai fantasinya, pada malam jumaat lalu menyaksikan Drama Di Telapak Kaki Bonda merangkul gelaran Drama Terbaik manakala filem Bunohan dinobatkan sebagai Filem Terbaik.


Harap keputusan yang diumumkan itu menepati ramalam korang semua ye.. jangan ada yang nk complain plk ye...



ASK tahun ini juga menyaksikan pengiktirafan kepada kehebatan pelakon-pelakon senior yang diangkat dalam kategori Pelakon Drama Terbaik di mana Abu Bakar Omar dan Ruminah Sidek masing-masing mengungguli senarai pemenang menerusi drama Gincu Ayah dan Parit Jawa.
Perkara yang paling hangat diperkatakan sepanjang berlangsungnya ASK 2012 pastilah mengenai tema atau konsep yang diketengahkan. Apabila pihak penganjur mengumumkan tema ‘Selami Dunia Fantasi Kami’ (Fairy Tale). Semua Comey-Comey pada malam itu..

Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Konsep yang cuba diangkat nampaknya kurang menjadi sehingga ramai yang mengkritik perjalanan majlis tersebut. Ini termasuklah dari elemen acara karpet merah, di mana selebriti dan tetamu yang hadir kebanyakannya tidak mengikut tema pakaian. Sedih2..  

Walaupun menerima pelbagai kritikan dan kutukan dari pelbagai medium, namun pengajuran ASK 2012 tidak sepatutnya dihentam seratus peratus memandangkan ia adalah percubaan baru dalam majlis anugerah industri seni kreatif negara. Inisiatif pihak pengajur mengetengahkan konsep berbeza dan segar ini wajar dipuji dan sewajarnya pihak penganjur bersifat terbuka dalam menerima kritikan membina bagi memperbaiki mutu kerja mereka di masa akan datang. Apapun, tahniah diucapkan kepada pemenang ASK 2012!





MARI LIHAT SENARAI PEMENANG-PEMENANG ANUGERAH SKRIN 2012

KATEGORI DRAMA 

  1. Drama Terbaik : Di telapak kaki bonda - Filmscape Sdn Bhd
  2. Pelakon Lelaki Terbaik : Abu Bakar Omar - Gincu Ayah
  3. Pelakon Wanita Terbaik : Ruminah Sidek - Parit Jawa
  4. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik : Namron - Parit Jawa
  5. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama : Sherry Merlis - Di telapak Kaki Bonda
  6. Pengarah Terbaik Drama : Kabir Bhatia - Di telapak Kaki Bonda
  7. Lakon TV terbaik : Lum Pung Fui : Di telapak Kaki bonda
  8. Drama Rantaian Terbaik : Jangan ambil padang kami - Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
  9. Drama Komedi terbaik : Elly & Epit - Red Communications Sdn Bhd
  10. Videografi Terbaik : Aku Mahu terbang - Neon Entertainment (M) Sdn Bhd

KATEGORI FILEM
  1. Filem Terbaik : Bunohan - Apparat Sdn Bhd
  2. Pelakon Lelaki Terbaik : Shaheizy Sam - Songlap
  3. Pelakon Wanita Terbaik Filem : Maya karin - Ombak Rindu
  4. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik : Syafie Naswip - Songlap
  5. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik : Lisa Surihani - Ombak Rindu
  6. Pengarah Terbaik : Fariza Azlina/Effendee Mazlan - Songlap
  7. Lakon Layar Terbaik : Dain Iskandar Said - Bunohan

KATEGORI PENERBITAN DALAMAN

  1. Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik : Dunia Tersembunyi - Rambu Solok
  2. Rancangan Bual Bicara Terbaik : Bella - Labour Day Special
  3. Rancangan Hiburan Terbaik : Anugerah Bintang Popular Berita Harian 25
  4. Rancangan Muzikal Terbaik : Anugerah Juala lagu 26
  5. Rancangan Realiti terbaik : Jemputan Umrah - EP 1 Pengenalan
  6. Laporan Khas/Berita Terbaik : Berita TV9 - Bom Jangka


ANUGERAH KHAS JURI

Anugerah Yasmin Ahmad : Pierre Andre

Anugerah Artis Harapan Pantene : Putri Balqis - Pelarian

Sincere Writing By Muhd Hazwan Alif ^^

No comments:

Post a Comment