DI KUALA LUMPUR
Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei gagal memburu kejuaraan selepas
kembali daripada cuti perkahwinannya apabila tumpas di tangan pemain muda
China, Chen Long, pada final Terbuka Hong Kong di Kowloon, Hong Kong, hari ini.
Chong Wei, selaku pemain nombor satu dunia dan pilihan utama, gagal menyekat ketangkasan pemain China itu dalam pertembungan selama 57 minit sebelum kalah 19-21, 17-21.
Chong Wei, selaku pemain nombor satu dunia dan pilihan utama, gagal menyekat ketangkasan pemain China itu dalam pertembungan selama 57 minit sebelum kalah 19-21, 17-21.
Ini adalah
kekalahan kelima dalam 12 pertemuan dengan Chen Long, pemain nombor dua dunia
berusia 23 tahun itu dengan kali terakhir pada final Siri Super Dunia di China
tahun lalu.
Dalam pada itu, beregu utama negara, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong gagal merangkul kejuaraan pertama siri super musim ini apabila kalah kepada beregu China Cai Yun/Fu Haifeng dari China 16-21, 17-21.
No comments:
Post a Comment