QPR buru Khidmat Anelka
Nicolas Anelka ( gambar diatas) melonjakan kelab itu keluar daripada zon penyingkiran. Pemain berusia 33 tahun itu gagal menyesuaikan diri di Shanghai Shenhua sejak meninggalkan Chelsea musim lalu dan sekali lagi mahu beraksi di Liga Perdana.
Bekas Kelabnya, Liverpool dilaporkan menjadi pilihan penyerang itu. Anelka tiba di London kemarin, dilaporan mendapat gaji USD250,000 (RM1.2juta) seminggu di China dan Reds tidak mungkin membar harga yang hampir dengan jumlah itu.
Pemilik QPR, Tony Fernandes yang sudah membelanjakan hampir USD22juta (RM106.9juta) untuk mebawa masuk 12 pemain berharap mengekalkan Hoops dalam saingan liga utama. Ada kemungkinan ahli perniagaan Malaysian itu memenuhi permintaan gaji besar Anelka. West Ham turut berminat untuk mendapatkan pemain itu.
QPR yang belum mencatat sebarang kemenangan musim ini berdepan dengan Southampton dalam pertemuan dua pasukan terbawah liga pada Sabtu dan kekalahan akan menguatkan alasan untuk Fernandes memecat bos Hoops, Mark Hughes.
No comments:
Post a Comment