Thursday, 29 November 2012

BAPAK BUNUH ANAK SENDIRI??

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA...

Apelah nk jadi dengan dunia sekarang... asyik bunuh-bunuhan je... dah x ada timbang rasa langsung... baru-baru ini telah berlaku pembunuhan Di Kuatan, diaman seorang pekerja ladang kepala sawit dihadapkan ke mahkamah majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh anak kandungnya sendiri pada 16 November lalu.. (Subahanallah)

Mohd Aswadey Ismail, 29, didakwa membunuh Nor Amirah Mohd Aswadey, 11 bulan di antara pukul 9.30 malam hingga 10.30 malam di rumah mereka yang bernombor 146, Felda Sungai Panching Selatan,

Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman mati mandatori.. Sebelum ini melaporkan Mohd Aswadey mengelar anak kandunganya sendiri yang berusia 11 bulan selepas khayal mengambil dadah di rumahnya di Felda Panching Selatan, 16 November lalu.

Suspek yang mengusahakan kebun kepala sawit di tanah rancangan itu didapati mengambil dadah menyebabkan dia berkhayal dan mendakwa ada individu yang mahu mengambil anaknya

Mohd Aswadey telah ditahan di persimpangan lampu isyarat berdekatan dengan Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) iaitu lima kilometer dari rumahnya serta menemui sebilih pisau berukuran 15 sentimeter di dalam bilik tempat kejadian yang dipercayai digunakan untuk membunuh mangsa.

Ape nk jadi lah dengan dunia sekarang... 

Sincere Writing By Muhd Hazwan Alif ^^

Sunday, 25 November 2012

AJL27!



Anugerah Juara Lagu ke-27 akan diadakan pada 6 Januari 2013, Stadium Putra Bukit Jalil pd jam 9 malam, Siaran Langsung di TV3.

1. Idola – Audi/Azlan – Azlan & The Typewriter
2. Pelangi Senja – Taja/TunTeja – Stacy
3. Anak Kampung – Jimmy Palikat – ONE & Jimmy Palikat
4. Terukir Di Bintang – Yuna – Yuna
5. Ombak Rindu – Zaidi – Hafiz & Adira
6. Tanpamu – Amir Jahari – Amir Jahari
7. Lagu – Bo Amir Luqman – Bedroom Sanctuary
8. Teman Pengganti – Malique – Black & RJ
9. Ku Akui – Ajai – Hafiz
10. Simetri – Audi Mok/Firdaus – Amy & Hazama
11. Andai Ku Bercinta Lagi – Edry Abd Halim – MOJO
12. Patah Seribu – Shila Amzah – Shila Amzah



XSBR NK TGK... TP MASA TU TGH FINAL .. ^.^


Sincere Writing By Muhd Hazwan Alif ^^

Chong Wei, Koo/Tan gagal rangkul Terbuka Hong Kong


DI KUALA LUMPUR Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei gagal memburu kejuaraan selepas kembali daripada cuti perkahwinannya apabila tumpas di tangan pemain muda China, Chen Long, pada final Terbuka Hong Kong di Kowloon, Hong Kong, hari ini.

Chong Wei, selaku pemain nombor satu dunia dan pilihan utama, gagal menyekat ketangkasan pemain China itu dalam pertembungan selama 57 minit sebelum kalah 19-21, 17-21. 
Ini adalah kekalahan kelima dalam 12 pertemuan dengan Chen Long, pemain nombor dua dunia berusia 23 tahun itu dengan kali terakhir pada final Siri Super Dunia di China tahun lalu. 


Dalam pada itu, beregu utama negara, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong gagal merangkul kejuaraan pertama siri super musim ini apabila kalah kepada beregu China Cai Yun/Fu Haifeng dari China 16-21, 17-21. 




Sincere Writing By Muhd Hazwan Alif ^^

Thursday, 22 November 2012

EXAM

GOOD LUCK spe yg amek paper statistik esok!!!...

hope boleh jawab. amin2... ~



Sincere Writing By Muhd Hazwan Alif ^^

Sunday, 18 November 2012

STPM




SALAM SEJAHTERA SEMUA

 

PEPERIKSAAN STPM SUDAH BERMULA

 

Seramai 54,697 calon menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 di 760 pusat peperiksaan di seluruh Negara bermula Isnin ini hingga 13 Disember depan.

49,163 = Calon Sekolah Kerajaan

1,186 = Calon Sekolah Swasta

4,224 = Calon Persendirian

123 = Calon sekolah kerajaan Negeri

Semoga Berjaya menjawab peperiksaan dengan tenang dan Mendapat keputusan yang cemerlang !

 

AMIN ! J



Sincere Writing By Muhd Hazwan Alif ^^

SUKAN

SALAM SEMUA


QPR buru Khidmat Anelka



Nicolas Anelka ( gambar diatas) melonjakan kelab itu keluar daripada zon penyingkiran. Pemain berusia 33 tahun itu gagal menyesuaikan diri di Shanghai Shenhua sejak meninggalkan Chelsea musim lalu dan sekali lagi mahu beraksi di Liga Perdana.

Bekas Kelabnya, Liverpool dilaporkan menjadi pilihan penyerang itu. Anelka tiba di London kemarin, dilaporan mendapat gaji USD250,000 (RM1.2juta) seminggu di China dan Reds tidak mungkin membar harga yang hampir dengan jumlah itu.

Pemilik QPR, Tony Fernandes yang sudah membelanjakan hampir USD22juta (RM106.9juta) untuk mebawa masuk 12 pemain berharap mengekalkan Hoops dalam saingan liga utama. Ada kemungkinan ahli perniagaan Malaysian itu memenuhi permintaan gaji besar Anelka. West Ham turut berminat untuk mendapatkan pemain itu.

QPR yang belum mencatat sebarang kemenangan musim ini berdepan dengan Southampton dalam pertemuan dua pasukan terbawah liga pada Sabtu dan kekalahan akan menguatkan alasan untuk Fernandes memecat bos Hoops, Mark Hughes.
Sincere Writing By Muhd Hazwan Alif ^^

Wednesday, 14 November 2012

PERCUMA 1000 EGG McMuffin

SALAM SEJAHTERA,

WOW 19 NOVEMBER NIE AKAN DAPAT PERCUMA EGG McMuffin !!! Yahoooo!! sape yang nk dapat tu pergi McDonalds ye...

McDonald's Malaysia ( www.mcdonalds.com.my) akan melancarkan McDonald's BreakFast Day yang menawarkan satu Egg McMuffin percuma pada 19 November ini kepada 1,000 pelanggan pertama di 215 restorannya di seluruh negara yang menawarkan hidangan sarapan.

Tujuaannya adalah untuk  menggalakkan pengambilan sarapan untuk memulakan hari yang lebih baik. Dengan tawaran sarapan pecuma kepada rakyat Malaysia, kami ingin memulakan gerakan sarapan yang dapat menyayukan semua rakyat untuk menjadikan sarapan yang hebat sebagai permulaan hari yang indah.

McDonald's breakfast Day yang jatuh pada 19 November ini memberi peluang kepada 1000 pelanggan pertama yang berkunjung ke semua cawangan restoran McDonald's seluruh negara untuk menikmati Egg McMuffin percuma mulai jam 9 hingga 10 pagi.

Tiada pemblian tambahan diperlukan untuk mendapatkan Egg McMuffin percuma itu.



Sincere Writing By Muhd Hazwan Alif ^^

Monday, 12 November 2012

ASK12 Dihanyut Fantasi

LUpa plk nk update info pasal ANUGERAH SKRIN yang berlangsung ari jumaat lepas..



Malam Anugerah Skrin 2012 (ASK 2012) yang melabuhkan tirai fantasinya, pada malam jumaat lalu menyaksikan Drama Di Telapak Kaki Bonda merangkul gelaran Drama Terbaik manakala filem Bunohan dinobatkan sebagai Filem Terbaik.


Harap keputusan yang diumumkan itu menepati ramalam korang semua ye.. jangan ada yang nk complain plk ye...



ASK tahun ini juga menyaksikan pengiktirafan kepada kehebatan pelakon-pelakon senior yang diangkat dalam kategori Pelakon Drama Terbaik di mana Abu Bakar Omar dan Ruminah Sidek masing-masing mengungguli senarai pemenang menerusi drama Gincu Ayah dan Parit Jawa.
Perkara yang paling hangat diperkatakan sepanjang berlangsungnya ASK 2012 pastilah mengenai tema atau konsep yang diketengahkan. Apabila pihak penganjur mengumumkan tema ‘Selami Dunia Fantasi Kami’ (Fairy Tale). Semua Comey-Comey pada malam itu..

Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Konsep yang cuba diangkat nampaknya kurang menjadi sehingga ramai yang mengkritik perjalanan majlis tersebut. Ini termasuklah dari elemen acara karpet merah, di mana selebriti dan tetamu yang hadir kebanyakannya tidak mengikut tema pakaian. Sedih2..  

Walaupun menerima pelbagai kritikan dan kutukan dari pelbagai medium, namun pengajuran ASK 2012 tidak sepatutnya dihentam seratus peratus memandangkan ia adalah percubaan baru dalam majlis anugerah industri seni kreatif negara. Inisiatif pihak pengajur mengetengahkan konsep berbeza dan segar ini wajar dipuji dan sewajarnya pihak penganjur bersifat terbuka dalam menerima kritikan membina bagi memperbaiki mutu kerja mereka di masa akan datang. Apapun, tahniah diucapkan kepada pemenang ASK 2012!





MARI LIHAT SENARAI PEMENANG-PEMENANG ANUGERAH SKRIN 2012

KATEGORI DRAMA 

  1. Drama Terbaik : Di telapak kaki bonda - Filmscape Sdn Bhd
  2. Pelakon Lelaki Terbaik : Abu Bakar Omar - Gincu Ayah
  3. Pelakon Wanita Terbaik : Ruminah Sidek - Parit Jawa
  4. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik : Namron - Parit Jawa
  5. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama : Sherry Merlis - Di telapak Kaki Bonda
  6. Pengarah Terbaik Drama : Kabir Bhatia - Di telapak Kaki Bonda
  7. Lakon TV terbaik : Lum Pung Fui : Di telapak Kaki bonda
  8. Drama Rantaian Terbaik : Jangan ambil padang kami - Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
  9. Drama Komedi terbaik : Elly & Epit - Red Communications Sdn Bhd
  10. Videografi Terbaik : Aku Mahu terbang - Neon Entertainment (M) Sdn Bhd

KATEGORI FILEM
  1. Filem Terbaik : Bunohan - Apparat Sdn Bhd
  2. Pelakon Lelaki Terbaik : Shaheizy Sam - Songlap
  3. Pelakon Wanita Terbaik Filem : Maya karin - Ombak Rindu
  4. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik : Syafie Naswip - Songlap
  5. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik : Lisa Surihani - Ombak Rindu
  6. Pengarah Terbaik : Fariza Azlina/Effendee Mazlan - Songlap
  7. Lakon Layar Terbaik : Dain Iskandar Said - Bunohan

KATEGORI PENERBITAN DALAMAN

  1. Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik : Dunia Tersembunyi - Rambu Solok
  2. Rancangan Bual Bicara Terbaik : Bella - Labour Day Special
  3. Rancangan Hiburan Terbaik : Anugerah Bintang Popular Berita Harian 25
  4. Rancangan Muzikal Terbaik : Anugerah Juala lagu 26
  5. Rancangan Realiti terbaik : Jemputan Umrah - EP 1 Pengenalan
  6. Laporan Khas/Berita Terbaik : Berita TV9 - Bom Jangka


ANUGERAH KHAS JURI

Anugerah Yasmin Ahmad : Pierre Andre

Anugerah Artis Harapan Pantene : Putri Balqis - Pelarian

Sincere Writing By Muhd Hazwan Alif ^^

ULTRA CANGGIH


Slm...
Banyak sungguh sekarang gadjet2 terbaru ini... leka sekejap saje .. pasti akan ketinggalan zaman kan ???
maju dh sekarang nie... mcm2 phone, tab, Pc mcm2 lagi lah... haiz... ~ 

Nie gadjet terbaru iaitu Ultra book dengan kemampuan prosesor yang kelajuan pantas serta waktu booting yang singkat sudah biasa, selain itu, ultrabook memilik ukuran nipis dan ringan.

Namun, sebuah ultrabook dengan sambungan kelajuan WiFi pantas, Perkara inilah yang ingin dimanfaatkan
oleh Dell dengan produk ultrabook terbarunya Latitude 643Ou.

Produk ini dikhususkan untuk golongan pengusaha yang dilengkapi dengan fungsi WiGig. WiGig inilah yang bakal memberikan sambungan WiFi dengan kecepatan hingga 7 gigabite per saat ( perghhh lajunyer) huhhu..

Jika dibandingkan dengan WiFi 802.11n yang kerap dijumpai pada gajet lain, kecepatan WiGig ini 10 kali lebih tinggi. Tapi Sayangnya, WiGig hanya mampu bekerja dalam jarak yang lebih dekat. (adoiii dekat je la) so nk dapat wifi laju pi duk dekat modem dia.. haha)

Ultrabook ini hadir dengan pemprosesan Intel Ivy Bridege serta rekaan luaran yang tahan jatuh dan air. Di bahagian skrin, ultrabook ini hadir dengan skrin berukuran 14 inci. Latitude 643ou ini memiliki ukuran nipis hanya 20.32 milimeter dan berat 1.67 kilogram

Ciri-Cir Ultrabook

-Paparan: Pemprosesan Intel Ivy Bridge
-Tahan jatuh dan kalis air 
- Saiz : Senipis 20.32 milimeter
- Berat 1.67 kilogram
- Sambungan wifi dengan teknologi WiGi














Sincere Writing By Muhd Hazwan Alif ^^